Translate
Tuesday, 9 April 2013
More Honey Facts on Calories
* One tablespoon of natural sweetener honey contains 64 calories.
* Honey has a healthy Glycemic Index (GI), meaning that its sugars can be gradually absorbed into the bloodstream to result in better digestion. We should try to avoid eating excessive high-glycemic foods which would prompt an elevated insulin release in our body as a result of the pancreas being stimulated to metabolize the sudden surge of glucose into the blood.
* Honey contains natural minerals and vitamins which help the metabolizing of undesirable cholesterol and fatty acid on the organs and tissues into the system, hence preventing obesity and promoting better health for us.
Honey Nutrition Facts
How can we miss these important honey nutrition facts when trying to understand what honey is made of and its benefits? Here I have the information:
Nectar itself is composed mainly of sucrose and water. Bees add enzymes that create additional chemical compounds, inverting the sucrose into fructose and glucose, and then evaporate the water so
that the resulting product will resist spoiling.
Hence, honey is a source of carbohydrates, containing
* 80% natural sugar -- mostly fructose and glucose. Due to the high level of fructose, honey is sweeter than table sugar.
* 18% water. The less water content the honey has, the better the quality of honey.
* 2% minerals, vitamins, pollen and protein.
The vitamins present in honey are B6, thiamin, niacin, riboflavin, pantothenic acid and certain amino acids. The minerals found in honey include calcium, copper, iron, magnesium, manganese, phosphorus, potassium, sodium and zinc. I learnt that "conductivity" is an indirect way of measuring the mineral content of a honey. Manuka honey has a higher than normal conductivity -- about 4 times that of normal flower honeys. The higher the conductivity, the better the value of the honey.
Also, some very encouraging honey nutrition facts:
This natural sweetener has antioxidants , is fat free and cholesterol free!
Monday, 8 April 2013
MARDI kumpul 30 spesies kelulut
Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.
Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.
Khasiat madu kelulut dikatakan dapat meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.
Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan keradangan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.
KELULUT menghasilkan tiga jenis madu iaitu madu (kiri), propolis dan pollen.
Khasiatnya dalam dunia perubatan memang banyak malah ujian turut dilakukan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dan Universiti Sains Malaysia (USM).
Di Malaysia terdapat kira-kira 30 spesies kelulut dan kebanyakannya ditemui di kawasan hutan.
Berbanding lebah yang hanya menghasilkan madu, kelulut begitu unik kerana mengeluarkan tiga produk madu iaitu bebola madu, propolis dan pollen (debunga).
KOTAK madu yang direka untuk penternakan kelulut.
LUBANG yang menjadi pintu masuk utama Kelulut ke dalam kotak.
Melihat kepada pasaran madu kelulut, harganya mampu mencecah RM120 sebotol bagi 350 mililiter, sedangkan madu biasa dijual RM30 dalam kuantiti sama.
Pegawai Penyelidik MARDI, Mohd Fahimee Jaapar berkata, pihaknya giat mengumpulkan spesies kelulut di seluruh negara.
“Pada mulanya, kelulut digunakan MARDI sebagai agen pendebungaan. Kita mahu pokok yang ditanam berbuah dengan adanya agen pendebungaan iaitu kelulut. Bagi kami, pendebungaan adalah hasil pertama manakala madu dan propolis hasil kedua.
“Pemikiran bagi kebanyakan orang kampung, lebah kelulut tidak mempunyai madu, tetapi kajian mendapati serangga itu mengeluarkan madu setanding madu lebah,” katanya.
Semua spesies kelulut dikumpulkan sejak 2007 dan kini diternak di dua kawasan khas di MARDI iaitu di Bahagian Pendebungan dan kebun buah-buahan.
“Ada 15 spesies lebah kelulut dikumpulkan dan hanya dua spesies yang dikomersialkan iaitu jenis ‘Trigona Itama’ dan ‘Trigona Thoracica’,” katanya.
Mohd Fahimee dibantu rakan setugas iaitu Penolong Pegawai Penyelidik, Zulidzham Mohd Sani dan Pembantu Penyelidik Kanan, Hamdan Sipon.
Beliau berkata, hasil kajian dilakukan mendapati kelulut menghasilkan ‘ramuan’ untuk perubatan alternatif.
“Kelulut banyak ditemui di kawasan kampung terutama di negeri yang mempunyai pokok rambutan tua seperti di Melaka, Perak, Kedah dan Kelantan.
“Penebangan hutan secara berleluasa turut menyebabkan penghijrahan spesies terbabit ke kawasan kampung,” katanya.
Menurutnya, sarang kelulut dipindahkan dari tempat asalnya dalam batang kayu ke dalam kotak kayu buatan dan diternak di lapangan.
“Anak kelulut dimasukkan ke dalam kotak khas bagi menghasilkan madu.
“Setakat ini, lebah kelulut yang diternak menghasilkan propolis, pollen dan madu,” katanya.
Katanya, kelulut tidak menyengat, namun serangga itu hanya menyerang orang pertama yang mendekatinya.
“Kelulut sama dengan lebah yang akan mengeluarkan ‘feromon’. Ketika ada bahaya, seekor lebah akan mengeluarkan sejenis bahan kimia dikenali feromon untuk memanggil rakannya.
“Bau berkenaan biasanya akan ditinggalkan pada musuh pertama, namun jika ramai, semua akan diserang,” katanya.
Menurutnya, setiap spesies kelulut menghasilkan bentuk sarang berbeza.
“Sistem lebah kelulut unik kerana setiap sarang akan ada tiang. Tiang ini dibina daripada propolis atau damar. Penutup sarang yang terdapat dalam koloni terbabit digunakan sebagai pertahanan diri,” katanya.
Katanya, madu kelulut mempunyai lebih antioksidan.
“Kelulut mengeluarkan propolis yang mengandungi antibiotik semula jadi, antimikrob, antifungus dan antikanser.
“Sebab itu sarangnya tidak ada fungus. Ini kerana kelulut menggunakan resin daripada pokok, diproses di dalam badannya bagi mencegah pembiakan mikrob,” katanya.
Kajian di MARDI menunjukkan madu kelulut mempunyai asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas.
“Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antitumor dan antioksidan untuk diserap dalam tubuh manusia.
“Selain berupaya menurunkan glukosa, mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang menguatkan tulang melalui penyerapan,” katanya.
Kajian mendapati, kelulut boleh melakukan pendebungaan di Rumah Hijau berbanding lebah.
Katanya, perancangan masa depan, Bahagian Mekanisasi dan Automasi MARDI membantu untuk mengeluarkan mesin penyedut madu yang fleksibel dan mudah alih.
MARDI juga akan menawarkan kursus penternakan kelulut kepada orang ramai yang berminat untuk terbabit dalam industri itu.
“Bagi mereka yang mahu menternak kelulut, Unit Promosi dan Teknologi Mardi menawarkan kursus jangka pendek selama dua hari termasuk makan dan minum dengan kos RM600.
“Ia membabitkan 30 peratus teori dan selebihnya amali termasuk mengajar cara membelah kayu bagi memasukkan anak kelulut ke dalam kotak,” katanya.
Katanya, ada peserta kursus memperoleh pendapatan kira-kira RM10,000 sebulan dengan menternak kelulut secara komersial.
“Biasanya harga bagi sebatang kayu mengandungi anak kelulut dijual kepada penternak sekitar RM200 manakala kelulut di dalam kotak pula dijual sekitar RM500 hingga RM700.
“Bagaimanapun kebanyakan penternak mendapatkan bekalan anak daripada pembalak dan harganya lebih rendah,” katanya.
Oleh Mohd Sabran Md Sani : Harian Metro (AGRO) 05 Feb 2013
Honey
Lebah 'Kelulut Itama'
KELULUT (Trigona spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga APIDAE yang terdapat di negera kita dan diseluruh dunia sebagai sejenis lebah yang menhgasilkan manisan madu dan tidak menyengat. Serangga kelulut ini bersaiz kecil iaitu lebih kecil daripada lalat. Serangga Kelulut juga di panggil sebagai Stingless Bee mempunyai 33 spesis di Malaysia dimana sebanyak 21 spesis terdapat di Semenanjung Malaysia dan bakinya hanya ada di Sabah dan Sarawak.
Ukurannya hanya 3 – 8mm dan sangat lincah bergerak. Ia sangat berbeza dengan lebah Apis (Apis Dorsata-Lebah Tualang dan Apis Cerana-Lebah Lalat) yang ukurannya lebih besar dan pergerakkannya tidak bergitu lincah.
Lebah kelulut mirip lebah bersengat, tetapi jauh lebih kecil. Serangga ini mempunyai 3 pasang kaki yang semuanya beruas-ruas. Sepasang kaki belakang memiliki duri-duri yang sangat banyak sehingga mampu memegang erat debunga yang dikutip dari tumbuhan. Dibahagian kepala terdapat sepasang mata yang sangatlebar, mirip mata belalang, mempunyai sepasang antena, dengan mulut muncung panjang bagi memudahkan lebah kelulut menghisap madu. Ia juga mempunyai sepasang sayap di punggungnya berukuran lebih panjang yang membuatkannya dapat bergerak bebas dengan lincah diudara.
Daripada kajian yang dijalankan diseluruh pelusuk dunia, telah ditemui 150 spesis lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan lain-lain lagi.
Diantara Negara yang dikenalpasti mempunyai lebah trigona adalah seperti Indonesia (37 spesis), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesis), Vietnam (8 spesis), India (3 spesis), Taiwan (1 spesis) dan Negara kita Malaysia terdapat lebih 29 spesis lebah trigona di hutan hujan tropika sepanjang tahun dengan iklim Khatulistiwa yang semestinya memberikan kelebihan tersendiri secara semulajadinya.
Kelulut menghasilkan Madu Kelulut, Propolis dan juga 'Bee Bread' iaitu campuran antara pollen dengan madu , air liur dan cairan dari perut lebah yang berkhasiat untuk mengatasi masaalah pencernaan dan fermentasi. Madu Kelulut berbeza dengan Madu Lebah Biasa kerana rasanya adalah sedikit 'MASAM' dan warnanya adalah lebih cerah. Walau pun kuantiti madu kelulut yang dihasilkan setiap koloni sedikit berbanding dengan Lebah Madu biasa tetapi kelulut adalah serangga yang aktif sepanjang tahun. Koloni biasanya sangat aktif pada musim panas dan kering yang berpanjangan dimana banyak bunga mekar. Kajian oleh saintis mendapati madu kelulut tidak mudah berbuih atau masam kerana kandugan propolis didalamnya yang bersifat Anti-fermentasi semulajadi.
Kandungan Propolis yang dihasilkan oleh Kelulut merupan satu kelebihan. Propolis berfungsi sebagai Anti-Bakteria, Anti-Fungus dan juga Anti-Radang serin digunakan sebagai bahan pentik untuk Bahan Kosmetik dalam bentuk Krim dan Tablets. Khasiat madu kelulut dan propolis didakwa membantu dalam mencegah dan mengubati Penyakit kanser, Strok, Diabetes, mellitus, Batu Karang, Hipertensi dan malah ada juga kes HIV/AIDS.
Khasiat Madu Kelulut 2 kali ganda lebih dari Madu Lebah biasa (hasil dari kajian MARDI Madu Kelulut mempunyai anti-oksidan yang tinggi, serta kaya dengan antibiotik semulajadi).
Subscribe to:
Posts (Atom)